Wednesday, 24 August 2016

Jemputan Sumbangan Artikel Untuk Penerbitan Majalah "Jendela: Buletin Perpustakaan"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Prof/Dr/ Dato/Datin Tuan/Puan/Encik/Cik

Jemputan Sumbangan Artikel Untuk Penerbitan Majalah "Jendela: Buletin Perpustakaan"

Sukacita dimaklumkan bahawa Pustakawan Universiti Sains Malaysia akan menerbitkan majalah berjudul Jendela: Buletin Perpustakaan untuk edisi tahun 2016. Penerbitan Jendela: Buletin Perpustakaan adalah projek dokumentasi aktiviti Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan penerbitan penulisan separa ilmiah. Untuk makluman, pihak kami kini membuka peluang bagi mereka yang berminat menulis untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya satu jenis artikel separa ilmiah berkaitan dengan apa-apa jua topik. Artikel yang terpilih akan diterbitkan dalam majalah tersebut secara dalam talian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang penulisan artikel tersebut, tuan/puan hanya perlu merujuk kepada panduan yang disertakan ini. rujuk: Panduan untuk Penulis

Pihak kami amat berbesar hati jika pihak tuan/puan boleh menyumbangkan sekurang-kurangya 1 monograf artikel. Pihak kami akan memastikan setiap artikel yang terpilih akan diindeks dalam Google Scholar dan Pangkalan data langganan kami.

Mohon tuan/puan dapatlah memberi maklumbalas kepada kami dan menghantar monograf tersebut sebelum 10 Oktober 2016. Tuan/puan boleh menghantar monograf artikel terbabit melalui emel iaitu akmal_ahmat@usm.my atau jendelausm@gmail.com


Sumbangan dan maklumbalas tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Muhammad Akmal Ahmat
Ketua Sidang Pengarang
Jendela : Buletin Perpustakaan
Universiti Sains Malaysia

Sunday, 31 January 2016

Makluman Kelewatan Penerbitan Jendela: buletin perpustakaan bilangan 7/2015

Assalamualaikum wbt

Pihak sidang pengarang ingin memohon maaf atas kelewatan penerbitan Jendela: Buletin Perpustakaan bilangan 7/2015 disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Kami berusaha untuk memastikan penerbitan kali ini dapat dijayakan walaupun memakan masa yang lebih lama. Walaubagaimanapun, pihak sidang pengarang sudi berkongsi beberapa naskah artikel dalam versi pre-print untuk bacaan tuan/puan. Artikel-artikel tersebut seperti di bawah:-

1. PERKHIDMATAN SOKONGAN PENYELIDIKAN DI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. [KLIK DISINI]

2. IFLA World Library and Information Congress 81st IFLA General Conference and Assembly
15-21 August 2015, Cape Town, South Africa [KLIK DISINI] 

3. 16 th CONGRESS OF SOUTHEAST ASIAN LIBRARIANS- CONSAL XVI MEETING AND GENERAL CONFERENCE 10 -13 JUN 2015,  BANGKOK, THAILAND [KLIK DISINI] 

4. TRAVELOG PENYERTAAN LATIHAN KE BANGKOK (8-9 JUN2015) & HONG KONG (1-6 NOVEMBER 2015) [KLIK DISINI]



Untuk makluman, tuan/puan amat digalakkan memberi sebarang komentar bagi paparan artikel tersebut. Semoga artikel-artikel ini memberi manfaat kepada semua golongan pembaca.
Selamat membaca.

Sekian, Terima Kasih
Muhammad Akmal Ahmat
Ketua Sidang Pengarang.